BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 11, 2011

***Kata-kata Hati***


Kata Kata Hati
Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia.
dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan.
Kita tidak tahu....tetapi
jika kita cuba
Jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu.



**Hati seorang Wanita***


 Kadang-kadang hati seorang wanita susah 
untuk ditafsiran oleh insan bernama lelaki...
kadang-kadang apa yang wanita itu rasa 
lelaki tidak pernah menghiraukan perasaan 
wanita itu...smpai suatu saat wanita itu 
mendiamkan diri dan menangis untuk 
menentukan nasib dirinya....hati wanita 
selembut sutera...mudah terguris dengan 
kata-kata..mudah terguris dengan perbuatan...
andai hati wanita seumpama lelaki 
tiadalah kebahagiaan di dunia ini......
disaat wanita memerlukan teman hanya 
lelakilah yang menjadi peneman setianya 
setiap saat...oleh itu...hargailah wanita yang 
kamu sayangi...sayangilah wanita itu 
sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri.....

****HATI SEORANG INSAN BERNAMA WANITA****
*   Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi 
hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

  * Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, 
kadang ingin LELAKImengikut kata-katanya sekali sekala.

* Halus : Ibarat sehelai sutera,cantik, mulus, lembut 
dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang 
wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab 
kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan 
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

* Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

* Berkorban : WANITA sanggup berkorban apa 
saja untuk seseorang yang amat disayangi, 
termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. 
WANITA amat tabah.

* Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan 
sekeliling dalam diam.

* Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA 
yang pandai berdikari, naluriseorang WANITA masih 
lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan 
hanya kepada insan yang bernama LELAKI , 
namun juga sesama kaum.

* Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya s
anggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

* Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang 
paling dalam dan tulus.



*WANITA diciptakan oleh ALLAH SWT 
dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk 
dan dimanja, bukan untuk dikasari".



Maka lelaki haruslah memahami HATI 

dan PERASAAN WANITA.


Wednesday, August 10, 2011

***Doa seorang kekasih***

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Sunday, June 12, 2011

***MengHiTuNG HaRi***

Saya baru jew tunang...keinginan nk berumahtangga cepat2 tu mmg dew...tp skrg xbleh ag cz xabis stdy ag...org kte xpe xde halangan nk kwen time stdy...tp bg sy cam ssh jew nk separatekn mase stdy n hsband and family...so, pe2 pun insyaAllah abis stdy n da keje akan berlangsung perkahwinan nie...doakan hubungan kami...tuggu ye kwn2...tiap2 hari sy duk menghitung hari tuk sume 2...:-)....perancangan da dew...hantaran da mula sttle ckit2...tema da dibincangkan...hux3...cume hari yang btul2 ssuai lum tau ag ble...taun da dew, hari n bulan jew ag...insyaAllah...DOAKAN KEBAHAGIAN KAMI HINGGA AKHIR HAYAT...AMIN~~

Wednesday, December 29, 2010

18 September 2010...hari yang cukup bermakna buat diriku dan tunangku....
Majlis yang ckup meriah...cincin yang disarungkan tanda ikatan pertunangan ku....
Semoga kekal bahagia selama-lamanya hingga keakhir hayat...amin~~

22 Disember 2004...tarikh yang cukup-cukup bermakna buat diriku...dan tunangku....